Khamis, 13 September 2012

Beza Antara Cinta,Sayang,Suka dan Minat

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Rahsia Wanita Tanah,Api,Angin dan Air

RAHSIA WANITA TANAH,API,ANGIN DAN AIR
WANITA TANAH Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).
~Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa...
WANITA API Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).
~Dilahirkan sebagai pemimpin.Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan...
WANITA ANGIN Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).
~Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja...
WANITA AIR Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).
~Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.Mereka ini dipandu oleh perasaan hati.Mempunyai sifat mudah bersimpati.Berdaya imaginatif sentimental.Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri...

Selasa, 11 September 2012

Kawad Irama

Penatnya!!!26 September 2012 nanti ada kawad irama jadi kita orang kena berlatih untuk jadikan kawad kita orang mantap!Dahla semuanya kita orang yang kena buat..kita orang ni pulak jenis tak berapa pandai lagi nak benda ni semua..memang agak penat tapi itu lah yang terpaksa kita orang buat..senior-senior kita orang harapkan kadet polis menang!SEMANGAT KADET POLIS! :)

Isnin, 6 Ogos 2012

Chong Wei Main Badminton Untuk Ambil Hati Ibunya

Mungkin sebahagian dari kita tidak tahu bahawa lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada asalnya bukan seorang yang meminati sukan badminton.Bola keranjang adalah pilihan utama beliau.Minat itu bagaimanapun kurang digemari ibunya.Kenapa?Seperti kebanyakkan ibu, kesihatan, kejayaan dan penampilan anak adalah penting.Dalam hal ini, ibunya kurang senang kerana sukan bola keranjang yang dimainkan di kawasan terbuka membuatkan kulit anaknya semakin gelap.Akhirnya, ibu Chong Wei melarangnya daripada bermain permainan itu dan beliau seterusnya terpaksa beralih arah kepada sukan dalam gelanggang tertutup.Anak kelahiran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1982 kemudiannya, yakni pada usia 11 tahun, demi mengambil hati ibunya, mula mengikuti bapanya bermain badminton.Bakatnya yang mula menyerlah pada usia itu menarik perhatian salah seorang jurulatih di tempat dia bermain itu, dan jurulatih berkenaan kemudiannya menemui bapa Chong Wei dan meminta untuk melatih beliau.Bermula dari detik itu, tidak ada lagi pandang belakang untuk Chong Wei.Bayangkan…andai Chong Wei kekal bermain bola keranjang…mungkin kita kehilangan salah seorang pemain badminton terhebat negara.