Sabtu, 8 Jun 2013

Coretankuuu

Asslamualaikum!! Hai! Aloha! Dah lama aku tak update blog. Memang dah lama sangat. Sebab aku malas nak berblog-blog ni. Tapi aku kesian dengan blog ni sebab dah lama ditingalkan. Jadi, aku pun menulis sikit-sikit.
Hey, sedar tak sedar dah nak masuk bulan tujuh kan? Cepatnya masa berlalu. Bak kata pepatah orang ‘putih’, Time Will Kill You. Haha. Sebenarnya aku main reka je pepatah ni. Tapi maksud dia sama je kan? Masa akan membunuh atau kata lain memotong kita kalau kita terus hanyut dengan dunia. Wah! Cakap macam pandai sangat. Aku pun sama! Suka sangat buang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah.  Kalau remaja zaman sekarang cakap ’normal’ lah online je memanjang sebab zaman sekarangkan zaman terknologi. ‘Gadget’ atau alat  telekomunikasi canggih macam Ipad, Tablet, Smartphone, dan banyaaaaakk lagi lah. Memang kalau tengok kat kedai melambak. Memang semua orang tahu, alat-alat canggih ni banyak kebaikannya. Tapi, kalau kita tak pandai nak guna dengan betul, memang boleh terjerumus ke arah yang tidak baik. Jadi, berpada-padalah. Hah, sebenarnya aku nak cakap pasal tak lama lagi aku dan kawan-kawan aku yang sporting, happening akan sama-sama menghadapi ujian. Ujian apa? Haha. Sebenarnya bukan ujian tapi peperiksaan iaitu Peperiksaan Percubaan PMR 2013.  Kalau dikira-kira memang tak sampai sebulan lagi. Aduh, kecut perut. Peperiksaan Pertengahan tahun pun aku tak berapa nak bagus, inikan pulak percubaan. Sebenarnya cikgu kat sekolah aku namakan p.pertengahan tahun tu sebagai p.percubaan 1 ataupun prapercubaan. Memang aku tak berapa nak study sangat. Kalau ingat-ingat balik, waktu UPSR dulu aku memang tak beria-ria nak study. Buat ala kadar je. Lepas trial exam je, boleh lagi main-main macam takde periksa besar. Lepastu bila dapat result trial, dapat 1A je. Tu pun aku tak kisah pun. Huhu. Bagus kan? Tak lama lepastu barulah aku study betul-betul. Tu pun aku boleh main-main lagi. Bila result keluar, Alhamdullilah, dapat 3A. Aku rasa result aku tu biasa-biasa je. Cukup-cukup makan je. Mak aku pun cakap macam tu tapi dia tetap bangga. Memang aku rasa bersalah sangat-sangat sebab menghampakan harapan mak ayah aku. Dan ada mak sedara aku cakap, aku ni dikira cemerlanglah jugak. Sebab? Aku dapat 3A. Cemerlang? Aku rasa cukup-cukup makan je. Mungkin sebab kalau kat sekolah kampung, 3A tu adalah paling tinggi. Kalau kat kampung akulah. Sebab waktu aku form 2, aku tanyalah sorang sepupu aku ni, sekolah dia berapa orang dapat 5A? Dia jawab, “Takde sorang pun yang dapat 5A.” Aku pun terkejut. Takkan takde sorang pun yang dapat 5A? Lepastu dia cakap paling  tinggi pun 3A je. Salah seorangnya adalah jiran nenek aku. Aku pun cakap, kalau aku sekolah kat situ, dah tentu aku boleh dapat lebih lagi. Hahaha. Okey, balik pada PMR pulak, aku tak berapa nak ready sangat. Dah lah tahun ni aku sorang je pmr. Sepupu-sepapat aku dua-dua belah takde pun. Tapi, kalau belah ayah, sorang SPM, sorang PMR iaitu aku, dan sorang lagi UPSR. Aku takut  aku akan kecewakan harapan mak ayah aku. Tapi, kalau aku berusaha lebih dah tentulah dapat lebih kan? What you get is what you give.