Selasa, 15 September 2015

Tumpang Lalu...

Assalamualaikum semua. Sekian lama tidak menulis di sini. hehe. Blog ni akan diedit buat sementara waktu.Sebab blog ni rasa macam banyak benda nak kena edit. Okay bye!!

Rabu, 4 Februari 2015

Setelah Lama Tidak Berblogging!!!

Assalamualaikum semua. Ceh macam siapa je yang baca blog ni kan hahahahaha. Kalau diikutkan memang dah setahun kot tak update kat blog ni!!!! Peh. Nak kata rindu, tak lah jugak. Tapi bila sorang kawan ni dah update, so tak nak kalah jugaklah. Hehehehe. Sorry bedah. Okay, kalau entry sebelum ni pasal pmr yang alhamdulilah cemerlang keputusannya. Sekarang ni aku nak SPM. Like whattttt???? Cuak tak cuak. Takut tak takut. Cuma takut nanti tak dapat nak cover balik apa yang aku duk hadam selama dua tahun tu!!!Gosh! Memang tenggelam lah kalau main2 lagi sekarang ni. Tapi bila fikir pasal future ni, and ditambah pulak impian nak belajo tinggi kat jepun (jepun je takdelah jauh sangat) semangat nak belajar tu bertambah. *sepatutnya semangat tu tak perlu lah waktu nak sesuatu benda je* Okay harap2lah kita semua menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan agama insha Allah

Sabtu, 8 Jun 2013

Coretankuuu

Asslamualaikum!! Hai! Aloha! Dah lama aku tak update blog. Memang dah lama sangat. Sebab aku malas nak berblog-blog ni. Tapi aku kesian dengan blog ni sebab dah lama ditingalkan. Jadi, aku pun menulis sikit-sikit.
Hey, sedar tak sedar dah nak masuk bulan tujuh kan? Cepatnya masa berlalu. Bak kata pepatah orang ‘putih’, Time Will Kill You. Haha. Sebenarnya aku main reka je pepatah ni. Tapi maksud dia sama je kan? Masa akan membunuh atau kata lain memotong kita kalau kita terus hanyut dengan dunia. Wah! Cakap macam pandai sangat. Aku pun sama! Suka sangat buang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah.  Kalau remaja zaman sekarang cakap ’normal’ lah online je memanjang sebab zaman sekarangkan zaman terknologi. ‘Gadget’ atau alat  telekomunikasi canggih macam Ipad, Tablet, Smartphone, dan banyaaaaakk lagi lah. Memang kalau tengok kat kedai melambak. Memang semua orang tahu, alat-alat canggih ni banyak kebaikannya. Tapi, kalau kita tak pandai nak guna dengan betul, memang boleh terjerumus ke arah yang tidak baik. Jadi, berpada-padalah. Hah, sebenarnya aku nak cakap pasal tak lama lagi aku dan kawan-kawan aku yang sporting, happening akan sama-sama menghadapi ujian. Ujian apa? Haha. Sebenarnya bukan ujian tapi peperiksaan iaitu Peperiksaan Percubaan PMR 2013.  Kalau dikira-kira memang tak sampai sebulan lagi. Aduh, kecut perut. Peperiksaan Pertengahan tahun pun aku tak berapa nak bagus, inikan pulak percubaan. Sebenarnya cikgu kat sekolah aku namakan p.pertengahan tahun tu sebagai p.percubaan 1 ataupun prapercubaan. Memang aku tak berapa nak study sangat. Kalau ingat-ingat balik, waktu UPSR dulu aku memang tak beria-ria nak study. Buat ala kadar je. Lepas trial exam je, boleh lagi main-main macam takde periksa besar. Lepastu bila dapat result trial, dapat 1A je. Tu pun aku tak kisah pun. Huhu. Bagus kan? Tak lama lepastu barulah aku study betul-betul. Tu pun aku boleh main-main lagi. Bila result keluar, Alhamdullilah, dapat 3A. Aku rasa result aku tu biasa-biasa je. Cukup-cukup makan je. Mak aku pun cakap macam tu tapi dia tetap bangga. Memang aku rasa bersalah sangat-sangat sebab menghampakan harapan mak ayah aku. Dan ada mak sedara aku cakap, aku ni dikira cemerlanglah jugak. Sebab? Aku dapat 3A. Cemerlang? Aku rasa cukup-cukup makan je. Mungkin sebab kalau kat sekolah kampung, 3A tu adalah paling tinggi. Kalau kat kampung akulah. Sebab waktu aku form 2, aku tanyalah sorang sepupu aku ni, sekolah dia berapa orang dapat 5A? Dia jawab, “Takde sorang pun yang dapat 5A.” Aku pun terkejut. Takkan takde sorang pun yang dapat 5A? Lepastu dia cakap paling  tinggi pun 3A je. Salah seorangnya adalah jiran nenek aku. Aku pun cakap, kalau aku sekolah kat situ, dah tentu aku boleh dapat lebih lagi. Hahaha. Okey, balik pada PMR pulak, aku tak berapa nak ready sangat. Dah lah tahun ni aku sorang je pmr. Sepupu-sepapat aku dua-dua belah takde pun. Tapi, kalau belah ayah, sorang SPM, sorang PMR iaitu aku, dan sorang lagi UPSR. Aku takut  aku akan kecewakan harapan mak ayah aku. Tapi, kalau aku berusaha lebih dah tentulah dapat lebih kan? What you get is what you give.

Khamis, 13 September 2012

Beza Antara Cinta,Sayang,Suka dan Minat

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Rahsia Wanita Tanah,Api,Angin dan Air

RAHSIA WANITA TANAH,API,ANGIN DAN AIR
WANITA TANAH Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).
~Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa...
WANITA API Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).
~Dilahirkan sebagai pemimpin.Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan...
WANITA ANGIN Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).
~Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja...
WANITA AIR Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).
~Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.Mereka ini dipandu oleh perasaan hati.Mempunyai sifat mudah bersimpati.Berdaya imaginatif sentimental.Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri...

Selasa, 11 September 2012

Kawad Irama

Penatnya!!!26 September 2012 nanti ada kawad irama jadi kita orang kena berlatih untuk jadikan kawad kita orang mantap!Dahla semuanya kita orang yang kena buat..kita orang ni pulak jenis tak berapa pandai lagi nak benda ni semua..memang agak penat tapi itu lah yang terpaksa kita orang buat..senior-senior kita orang harapkan kadet polis menang!SEMANGAT KADET POLIS! :)