Isnin, 6 Ogos 2012

Chong Wei Main Badminton Untuk Ambil Hati Ibunya

Mungkin sebahagian dari kita tidak tahu bahawa lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada asalnya bukan seorang yang meminati sukan badminton.Bola keranjang adalah pilihan utama beliau.Minat itu bagaimanapun kurang digemari ibunya.Kenapa?Seperti kebanyakkan ibu, kesihatan, kejayaan dan penampilan anak adalah penting.Dalam hal ini, ibunya kurang senang kerana sukan bola keranjang yang dimainkan di kawasan terbuka membuatkan kulit anaknya semakin gelap.Akhirnya, ibu Chong Wei melarangnya daripada bermain permainan itu dan beliau seterusnya terpaksa beralih arah kepada sukan dalam gelanggang tertutup.Anak kelahiran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1982 kemudiannya, yakni pada usia 11 tahun, demi mengambil hati ibunya, mula mengikuti bapanya bermain badminton.Bakatnya yang mula menyerlah pada usia itu menarik perhatian salah seorang jurulatih di tempat dia bermain itu, dan jurulatih berkenaan kemudiannya menemui bapa Chong Wei dan meminta untuk melatih beliau.Bermula dari detik itu, tidak ada lagi pandang belakang untuk Chong Wei.Bayangkan…andai Chong Wei kekal bermain bola keranjang…mungkin kita kehilangan salah seorang pemain badminton terhebat negara.