Hey, sedar
tak sedar dah nak masuk bulan tujuh kan? Cepatnya masa berlalu. Bak kata
pepatah orang ‘putih’, Time Will Kill You. Haha. Sebenarnya aku main reka je
pepatah ni. Tapi maksud dia sama je kan? Masa akan membunuh atau kata lain
memotong kita kalau kita terus hanyut dengan dunia. Wah! Cakap macam pandai
sangat. Aku pun sama! Suka sangat buang masa dengan aktiviti yang tak
berfaedah. Kalau remaja zaman sekarang
cakap ’normal’ lah online je memanjang sebab zaman sekarangkan zaman
terknologi. ‘Gadget’ atau alat
telekomunikasi canggih macam Ipad, Tablet, Smartphone, dan banyaaaaakk
lagi lah. Memang kalau tengok kat kedai melambak. Memang semua orang tahu,
alat-alat canggih ni banyak kebaikannya. Tapi, kalau kita tak pandai nak guna
dengan betul, memang boleh terjerumus ke arah yang tidak baik. Jadi,
berpada-padalah. Hah, sebenarnya aku nak cakap pasal tak lama lagi aku dan
kawan-kawan aku yang sporting, happening akan sama-sama menghadapi ujian. Ujian
apa? Haha. Sebenarnya bukan ujian tapi peperiksaan iaitu Peperiksaan Percubaan
PMR 2013. Kalau dikira-kira memang tak
sampai sebulan lagi. Aduh, kecut perut. Peperiksaan Pertengahan tahun pun aku
tak berapa nak bagus, inikan pulak percubaan. Sebenarnya cikgu kat sekolah aku
namakan p.pertengahan tahun tu sebagai p.percubaan 1 ataupun prapercubaan.
Memang aku tak berapa nak study sangat. Kalau ingat-ingat balik, waktu UPSR
dulu aku memang tak beria-ria nak study. Buat ala kadar je. Lepas trial exam
je, boleh lagi main-main macam takde periksa besar. Lepastu bila dapat result
trial, dapat 1A je. Tu pun aku tak kisah pun. Huhu. Bagus kan? Tak lama lepastu
barulah aku study betul-betul. Tu pun aku boleh main-main lagi. Bila result
keluar, Alhamdullilah, dapat 3A. Aku rasa result aku tu biasa-biasa je.
Cukup-cukup makan je. Mak aku pun cakap macam tu tapi dia tetap bangga. Memang
aku rasa bersalah sangat-sangat sebab menghampakan harapan mak ayah aku. Dan
ada mak sedara aku cakap, aku ni dikira cemerlanglah jugak. Sebab? Aku dapat
3A. Cemerlang? Aku rasa cukup-cukup makan je. Mungkin sebab kalau kat sekolah
kampung, 3A tu adalah paling tinggi. Kalau kat kampung akulah. Sebab waktu aku
form 2, aku tanyalah sorang sepupu aku ni, sekolah dia berapa orang dapat 5A?
Dia jawab, “Takde sorang pun yang dapat 5A.” Aku pun terkejut. Takkan takde
sorang pun yang dapat 5A? Lepastu dia cakap paling tinggi pun 3A je. Salah seorangnya adalah
jiran nenek aku. Aku pun cakap, kalau aku sekolah kat situ, dah tentu aku boleh
dapat lebih lagi. Hahaha. Okey, balik pada PMR pulak, aku tak berapa nak ready
sangat. Dah lah tahun ni aku sorang je pmr. Sepupu-sepapat aku dua-dua belah
takde pun. Tapi, kalau belah ayah, sorang SPM, sorang PMR iaitu aku, dan sorang
lagi UPSR. Aku takut aku akan kecewakan harapan
mak ayah aku. Tapi, kalau aku berusaha lebih dah tentulah dapat lebih kan? What
you get is what you give.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan